salam

Assalammualaikum wa rahmatullah....

Thursday, May 20, 2010

Bila emak tiada



Baru beberapa hari mak kat KL. Tapi... Itu lah Zuraida. Lain kali kalau mak suruh apa2 terus buat. Jangan bertangguh. Tak baik.. Ini baru 24 jam mak takde dekat rumah. Kalau suatu masa nanti mak dah tiada selama- lamanya. Macam mana nak hadapi kenyataan hidup ini?

Wednesday, May 19, 2010

Lesen kehidupan

Assalammualaikum wa rahmatullah,

Akhirnya tak lama lagi saya akan memeiliki lesen kenderaan. Payah betul nak dapat lesen ini. Duit yang banyak dan masa yang panjang. Hari Jumaat ini ada Ujian Motor, dan hari Rabu minggu depan pula Ujian Kereta. Waa, rasa berdebar-debar pulak. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Apa yang saya buat ini, sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan yang sudah tidak lama lagi je..

Monday, May 17, 2010

canggihnya teknologi!


Hanya menggunakan bluetooth device, macam tak percaya pulak boleh akses kepada Internet menggunakan peranti yang kecil ini..

Friday, May 7, 2010

berakhirnya semester 5...


Hari ini hari terakhir saya di sini sebelum melangkah pulang ke desa tercinta. Huuu... mengeluh sedikit apabila merenung perjalanan panjang semester yang pendek ini. Banyak pahit manis yang sukar untuk di lupakan.. Tapi semua ini mewarnai kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Memang betul, " Guru yang terbaik adalah pengalaman"..

Sekadar ingin meluahkan sedikit rasa hati yang lama terbuku. Dalam tempoh yang pendek ini, putus cinta, putus sahabat, bermasam muka, berpatah arang berkerat rotan bagai dah menjadi lumrah pula dalam kehidupan ini. Kenapa ye? Sepatutnya, semakin kita dewasa, pemikiran kita makin matang dan waras. Namun, kadangkala emosi lebih mengatasi kewarasan akal. Inilah manusia era moden.

Walaupun begitu, bersyukur pada sahabat- sahabat yang sentiasa di sisi di kala susah dan senang. Pada rakan-rakan serumah yang baik- baik belaka, jiran tetangga yang cantik dan manis juga pada pensyarah-pensyarah yang dedikasi, terima kasih yang tidak terhingga. Biarlah semua ini menjadi kenangan manis kita di usia tua kelak..InsyaAllah.

Banyak yang saya belajar.....

Tamat semester Jan- Mei 2010