salam

Assalammualaikum wa rahmatullah....

Tuesday, July 27, 2010

Catur kehidupan




waaa, dah lama tak lawan catur. bergerak sikit kepala otak ni bila lawan benda alah ni.. First match kalah, second match menang... Tapi puas hati.. Hopefully next match i will win.

Sunday, July 18, 2010

Puasa Sunat

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari.

Tarikh hari ini adalah 7 Syaaban 1431H.

Pagi tadi Alhamdulillah aku dapat hidayah. Emm, rasa bersyukur dan sangat bahagia. Begitu tenang jiwa ini bila dapat berjemaah. Satu kenikmatan bagi seorang hamba. Nikmat kesihatan dan nikmat iman. Cukup bertuah. Perlukah kita rasa sombong lagi kepada tuhan?

Umat Islam sekarang ramai, tapi ramai kita sekarang ibarat buih-buih di lautan. Bila sampai ke pesisir pantai, semuanya hilang.. pecah..Sebagai seorang yang dilahirkan Islam, kita perlu sedar, tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tambahan pula tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan. Bagaimanakah dengan amal? sudah cukupkah...?

Sekadar renungan buat diri..

Friday, July 16, 2010

keluarga..

Assalammualaikum wa rahmatullah..

Baru-baru ini agak kepenatan kerana terpaksa melakukan 2 kerja dalam satu masa. Harap aku dapat terus bertahan, InsyaAllah...

Tadi...I call my parent at kampung. Wah, ceria suara mereka. Alhamdulillah, mak dan ayah sihat. Walaupun aku jauh diperantauan. Akan aku usahakan yang terbaik hanya untuk mereka.

sayang emak...sayang ayah... (tiba2 rasa sebak) kenapa lah selama ini fikir yang bukan2 ek..

Thursday, July 15, 2010

Medical Records

Assalammualaikum wa rahmatullah..

I love this subject so much.. Hopefully, one day i will be the one of the Medical Records Officer in Malaysia.

Wednesday, July 14, 2010

cerita di dalam cerita

Assalammualaikum wa rahmatullah...

Hmm, sakit pulak mulut ni sebab tersenyum 24 jam dari semalam. Kenapa yer? sebenarnya kejadian yang berlaku semalam hanya perkara biasa sahaja, tapi di sebabkan cerita ini hanya aku sorang yang tahu..jadi, ibaratnya kita main chess. Aim ialah untuk Check mate lawan, bagaimana caranya?? mestilah ada strategi.. Mahu gerak pawn dulu, atau knight dulu.

Alhamdulillah, sudah lama aku tidak tersenyum seperti ini.

Semalam pergi bilik Munirah, habis segala rahsia diluah.

Apa yang ingin aku sampaikan sebenarnya. Kita ada hak untuk bahagia. Bahagia dgn mengikut cara kita.. Kehidupan sebagai pelajar akan aku manfaatkan sepenuhnya.

Monday, July 12, 2010

Brazil 2014

Assalammualaikum wa rahmatullah..



Piala Dunia 2010 telah menutupkan tirainya pada awal pagi tadi. dan keputusannya seperti di duga Sepanyol menjadi negara ke-8 mengukir nama menjadi ahli baru yang berjaya memenangi trofi agung dalam arena sukan bola sepak dunia. Mungkin tahun ni bukan rezeki Netherland. Oranje ditewaskan di peringkat final untuk kali yang ke 3. Huh...sangat sengit persaingan kali ini.

Bagaiman pula dengan Jerman? pasukan pilihan Meniti Usia. Seperti yang diramal si Sotong kurita Paul. Jerman berjaya menewaskan Uruguay untuk tempat ketiga Piala Dunia. macam-macam lah ragam dunia ni. Kerana bola, "sotong" pula yang memainkan peranan.

Ok lah,kita tutup cerita tentang bola buat setakat ini. Selepas ini, kita berjumpa di Brazil pula untuk Piala dunia tahun 2014. Buat kenalan yang bernama azhar, lain kali vote team yang menang aje..

Good Bye South Africa..

Monday, July 5, 2010

Semester baru


Assalammualaikum wa rahmatullah..

Alhamdulillah, usia pengajian sudah hampir ke penghujungnya buat setakat ini. Sekurang-kurangnya aku boleh berbangga dengan diri sendiri dengan apa yang aku ada sekarang. Maha Suci Allah.. aku benar-benar bersyukur.

Afham buat aku tersenyum. Siapa dia? aku tak kenal dia, namun butir bicaranya berjaya mengembalikan senyuman di bibirku yang telah lama mati. Terima kasih..

Emm, untuk semester terakhir ini. Harapan dan impian yang menggunung akan menjadi kenyataan dengan izin Allah.

Siapalah aku untuk menduga masa depan..