Assalammualaikum wa rahmatullah...
Apa khabar Zuraida? bertanya khabar kepada diri sendiri.. Alhamdulillah, baik2 aje tuan punya badan ini menjawab. Syukur pada Allah..
Agak lama rasanya Dabir Makhfi mendiam diri. Kini, munculnya dia dengan penuh berbagai rasa dan perasaan. Sudah semestinya dia masih berbahagia dan gembira selalu. Mengapa tidak, masih hidup dan berpegang pada agama Islam yg syumul, masih tinggal di Bumi Malaysia yg aman dan damai, masih punya ayah dan emak yg masih sihat (rindunya), juga kawan2 yang masih mengingati diri ini... tersenyum aku.
Hari ini 13 November 2011. Nampaknya, hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi tahun 2011 bakal melabuhkan tirai. Aduh, cepatnya masa berlalu. Aku tak sedar.. Ya Allah lalainya aku. Ampunkanlah segala kealpaan diri ini ya Allah...
Tidak mengapa, kamu masih punya masa. Ingat selalu pesan Allah. "Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian. kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan mereka yang berpessan-pesan dengan kesabaran..." (Surah Al-Asr)
Baru tadi usai sahaja membaca sebuah novel "Isabella"... Puas. Ini lah kepuasan yg aku cari. Ilmu yang aku dapat daripada pembacaan ini sekurang-kurangnya membuka mata aku akan retorik Agama Kristian yang selalu memandang serong kepada agama Islam. Islam bukan agama yg dibina atas tugu peperangan. Islam tidak menganjurkan pertumpahan darah. Islam adalah agama yg cintakan perdamaian. Islam agama kasih sayang. Aku berbangga dilahirkan sebagai Islam... Semoga iman ini terus kekal di dalam hati ini..
Di sini.. di negeri Melaka ini, sudah 5 bulan rupanya aku di sini. Bermakna, rezeki ku di sini telah Allah bukakan pada aku untuk membina kerjaya yang aku inginkan. Alhamdulillah dan syukur selalu pada Allah. Sekarang dah pandai sikit. Okey laa tu.. pandai laa jugak.. daripada tak belajar apa2.. Sekurang-kurangnya aku berdiri di atas kaki sendiri. Anak mak yg manja nih dah besar rupanya. Pandai dah berkawan sekarang ni ek.. Oppps.. berkawan dengan rakan sekerja lah..bukan dengan lelaki.. heheh.. hati ni belum berrjumpa lagi dgn putera idaman yg dicari... InsyaAllah suatu hari nanti. Semoga Allah mempermudahkan jodoh ini..
Setakat ini dahulu...
Senyum sikit, sayang sikit....