Assalammualaikum wa rahmatullah..
Dah hampir 2 bulan saya mengkaji tentang kisah2 para sahabat Nabi. Semakin saya baca, semakin kagum pada sahabat-sahabat yang tinggal sezaman dengan Nabi. Hamzah Si Singa Allah, Khalid Al-Walid pemusnah tentera Rom, Umar Al-Khattab pemerintah adil, Abu Bakar sahabat setia, Uthman pemalu yg dimuliakan malaikat dan Ali yang terpelihara wajahnya dari dosa dan maksiat.. Mampukah aku menjadi seperti mereka? Hmm, contoh terbaik akan aku ikut InsyaAllah..
Bulan Januari nih macam-macam pulak yang berlaku. Paling menarik, isu pilihanraya Tenang. Sebenarnya, aku ni bukanlah ahli politik.. tapi politik ni banyak mewarnai kehidupan masyarakat setempat aku. Dan lebih spesifik negara aku. Jadi, kenalah ambil tahu. Esok2 kite jugak yang kena bayar cukai, karang barang tuh naik, barang ni naik, Akar umbinya pada kerajaan yang memerintah. Maka,pandai-pandai lah nak hidup.. (Fuhh, Pengajian Am A+ tuh).. Walau apa pun, PAS dan UMNO, contohilah zaman pemerintahan Khulafak Ar- Rasyidin. Ketelusan dalam memimpin menjamin negara yang aman dan makmur InsyaAllah..
Tenang- tenang ajer Zuraida. juga tenanglah hati.. Tak mengapa, usah dikejar gunung itu, hilang kabus.. nampak lah dia..
salam
Assalammualaikum wa rahmatullah....
Saturday, January 22, 2011
Saturday, January 1, 2011
2011
assalammualaikum..
Salam tahun baru. Nampaknya tahun 2011 nih usia ku semakin menginjak lagi setahun. Alhamdulillah, sekarang aku dah mencecah usia matang untuk seorang gadis. Tak mengapa untuk berasa tua sebab itu satu nikmat. Nikmat yang tak dapat dikecapi oleh orang yang telah meninggal dunia di usia muda.
Cabaran pasti ada. Tahun ni, sudah pasti cabaran mencari kerja menjadi topik hangat dalam perjalanan hidup aku. Usaha selagi mampu dan jangan ada perasaan putus asa. Kerana Allah itu Maha Pemberi Rezeki.. Tak mengapa kalau kita rasa sakit semasa terjatuh kerana di situ kita belajar untuk memahami apa yang disebut sebagai HAKIKAT.
Biarlah memori 2010 tersimpan kukuh di ingatan. Rancangan untuk sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi akan difikirkan. dan itu adalah pasti kerana aku berpegang pada sunnah nabi yang belajar itu adalah wajib bagi seorang Islam.. Soal mampu atau tidak.. kita tengok dan kalau hendak seribu daya dan kalau tidak, seribu alasan..
Semoga aku mampu tersenyum dengan penuh bersemanagt di tahun baru ini... Senyum sikit sayang sikit (",)

Subscribe to:
Posts (Atom)