salam
Assalammualaikum wa rahmatullah....
Wednesday, June 23, 2010
Piala Dunia 2010
Piala Dunia makin hampir ke penghujungnya. Macam-macam kejutan berlaku. Hari ini Jerman dan England berlawan. Berentap untuk ke pusingan seterusnya. Seperti kata pepatah " yang menang jadi arang yang kalah jadi abu". Aku sudah semestinya sokong jerman. Tapi bila tengo prestasi semasa macam tak jer....
Sunday, June 20, 2010
Sesat di Kuala Lumpur
Gimik je tajuk kat atas tu, Tak sesat pun..hari ni jalan2 di Plaza Low Yat dan Plaza Sungei Wang. Bagai nak tercabut kaki ni. dah hafal daah jalan2 kat KL ni sikit2. Dan macam2 org aku aku jumpa, orang yang tak macam orang pun aku jumpa. Lepas tu, ada seseorang yang tak dikenali tegur... Tolong!! Jangan laa jadik mcm yang cerita "Budak Kelantan" tu. Konon2 baik nak tolong tapi tak pasal2 kena jual kat mak ayam. Na'uzubillah..
Thursday, June 10, 2010
Uptown
Waaa, hari ini result exam keluar. Cuak laa jugak. Berapa laa aku dapat gaknye ek. Ahh, malas lah nak fikir. Azah ajak jalan-jalan kat uptown dengan Baya, Nazirah, Amirul, Shafiqah.. bla..bla... lagi pun, kan penat seharian berkerja di arkib. hari ini makan KFC lagi... Takpe lah, esok dah balik kampung..
Saturday, June 5, 2010
Persandingan
Waaa.... Hari ini sampai ke Kota Tinggi aku berjalan. Sempena meraikan hari bahagia kepada rakan seperjuangan semasa Diploma dahulu. Tahniah Kak Su.. Bahagia melihat kawan- kawan lain sudah mendirikan rumah tangga. Zuraida, bila lah lagi giliran kamu yer?
Terima kasih kepada Ezneyza dan kak Noor yang menjadi pemandu kami pada hari ini. Sampai tersesat-sesat ke air terjun lah, dengan Esz yang tak bawak lesen lah.. Pelbagai kejadian yang berlaku. Walau apa pun, semua ini memberi memori indah dan kenangan manis buat aku pada usia yang sudah lanjut ini...
Isni ni mula balik kerje..... waaaa, malasnya.
Terima kasih kepada Ezneyza dan kak Noor yang menjadi pemandu kami pada hari ini. Sampai tersesat-sesat ke air terjun lah, dengan Esz yang tak bawak lesen lah.. Pelbagai kejadian yang berlaku. Walau apa pun, semua ini memberi memori indah dan kenangan manis buat aku pada usia yang sudah lanjut ini...
Isni ni mula balik kerje..... waaaa, malasnya.
Thursday, June 3, 2010
Wednesday, June 2, 2010
Hari Jadi
Esok is my 25th birthday... Adakah amal anda seiring dengan usia anda. Renung-renungkanlah...
Praktikal
Mulai 1 Jun yg lepas, aku dah mula praktikal kat Arkib Negara Malaysia. Bertugas di Seksyen Arkib Digital, semua ini merupakan pengalaman baru buat aku.. Aku masih bertatih lagi. Banayk lagi yang perlu dipelajari. Semoga dalam masa yang singkat ini aku dapat mencedok pelbagai ilmu yang mana mungkin akan aku dapat di dalam kelas..
Subscribe to:
Posts (Atom)