
Assalammualaikum wa rahmatullah....
Esok adalah hari terakhir dalam bulan Februari. Alhamdulillah masih lagi bernafas sehingga ke hari ini... Bila direnung kembali apa yg berlaku sepanjang bulan ini, buat aku tersenyum dan sedikit rasa sabar laa juga. Mana taknye, banyak sungguh perkara yang berlaku. Betul, manusia hanya merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah yang Satu..
Pastinya bila sebut Segamat ajer, orang akan bertanya. rumah ko banjir tak? Alhamdulillah.. rumah aku tak banjir walaupun air hampir memasuki ruang dapur rumah. 50 meter aje lagi... 12 hari mak dan ayah tak turun ke kebun menoreh getah.. Betul, Allah kalau nak uji bila-bila masa jer kan. Ini baru sikit. Belum lagi yang kat Labis sana. Subhanallah.. semoga mangsa-mangsa banjir kali ini diberikan kesabaran yang tinggi. Aku turit bersimpati.. Macam2 dugaan banjir. Paling menakutkan jambatan yang menghubungkan bandar Segamat dan Jementah terputus. Sabar ajer la...
Namun begitu, setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Aku yang dah lama tak makan ikan salai..dapat laa merasa ikan sungai. Sedap tak terhingga. Hehehe..
Bulan februari ini jugak dah genap sebulan dah aku kerja kat sibercafe nih. Bunyi macam mudah jer kerja kat kaunter depan nih. Tapi sebenarnya, macam kerenah manusia yang dah aku jumpa.. Nak cerita ke? ade laa satu kejadian nih, memang agak mencabar juga lah buat aku. selain daripada perkhidmatan Internet, dekat sini juga ada pejabat Pesuruhjaya sumpah. Takyah bagi tahu nama la. tengok orang bergaduh pasal tanah, pasal harta.. menakutkan betul. Takpe lah, aku anggap ini sebagai satu pengalaman yang cukup berharga apabila aku masuk ke dalam industri nanti.. InsyaAllah..
Hmmm, pasal kerja plk, Hari tu aku pergi interview buat pertama kalinya di Hospital Pantai Melaka.. Untuk jawatan assistant Medical records Officer.. InsyaAllah kalau takde ape2 aral melintang, minggu ni dapat laa kot jawapan nye... adeh..Allah, bantulah aku. Amin...
Lagi, emmm pasal kawan baik aku. Aku ada ramai kawan baik. Yang tua, yang muda, lelaki dan perempuan. Hmm, kawan baik yang sorang nih dah tak selalu mesej dgn aku. Mungkin dia sibuk kot. Takpe lah dah tanggungjawab. Kawan baik yang sorang lagi tu plk, asyik angin aje.. tapi aku suka dia. dia angin tu sebab sesuatu laa tu.. Takpe laa, sabor jer la yer.. dan lagi sorang kawan baik tu plk.. kerja OFF hp, aku baru nak bersembang dengan dia tentang masa depan. Takpe lah. tumpukan la pada kerja dulu yer encik Kawan baik. Kalau ada jodoh, kite jumpa laa..
akhir sekali, tentang penulisanku yang hampir masuk fasa kedua. Dah hampir 50 % aku tulis. Tak lama lagi siap laa tu. Kena istiqamah beetul buat kerja ni... Good luck Zuraida!!!
segala yang baik dan terbaik itu datang dan dari Allah dan aku bersyukur menjadi seorang hamba Allah....