salam

Assalammualaikum wa rahmatullah....

Thursday, April 24, 2014

Aku dan dulu...

Assalammualaikum wa rahmatullah.. sedikit terusik emosi ini hampir setahun tak menulis kat blog ni. Tersenyum sendiri. Bila terkenang kehidupan yg dah berlalu lagi-lagi dalam tempoh setahun ni, siapa sangka.. semua dah berubah.. sekadar mengingatkan diri yg sekarang sudah jadi isteri orang.. bukan lagi pelajar uitm yg masih hingusan tu.. kenangan itu indah bila dikenang, biar cukup mengusik, jangan sampai mendera... Selamat datang dunia baru... selamat datang zuraida yg baru.. (",) zuraida_ms Melaka 24 April 2014

Thursday, April 18, 2013

2013...

hai... saya rindukan saya yang dulu...

Sunday, November 13, 2011

Perasaan itu..

Assalammualaikum wa rahmatullah...

Apa khabar Zuraida? bertanya khabar kepada diri sendiri.. Alhamdulillah, baik2 aje tuan punya badan ini menjawab. Syukur pada Allah..

Agak lama rasanya Dabir Makhfi mendiam diri. Kini, munculnya dia dengan penuh berbagai rasa dan perasaan. Sudah semestinya dia masih berbahagia dan gembira selalu. Mengapa tidak, masih hidup dan berpegang pada agama Islam yg syumul, masih tinggal di Bumi Malaysia yg aman dan damai, masih punya ayah dan emak yg masih sihat (rindunya), juga kawan2 yang masih mengingati diri ini... tersenyum aku.

Hari ini 13 November 2011. Nampaknya, hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi tahun 2011 bakal melabuhkan tirai. Aduh, cepatnya masa berlalu. Aku tak sedar.. Ya Allah lalainya aku. Ampunkanlah segala kealpaan diri ini ya Allah...

Tidak mengapa, kamu masih punya masa. Ingat selalu pesan Allah. "Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian. kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan mereka yang berpessan-pesan dengan kesabaran..." (Surah Al-Asr)

Baru tadi usai sahaja membaca sebuah novel "Isabella"... Puas. Ini lah kepuasan yg aku cari. Ilmu yang aku dapat daripada pembacaan ini sekurang-kurangnya membuka mata aku akan retorik Agama Kristian yang selalu memandang serong kepada agama Islam. Islam bukan agama yg dibina atas tugu peperangan. Islam tidak menganjurkan pertumpahan darah. Islam adalah agama yg cintakan perdamaian. Islam agama kasih sayang. Aku berbangga dilahirkan sebagai Islam... Semoga iman ini terus kekal di dalam hati ini..

Di sini.. di negeri Melaka ini, sudah 5 bulan rupanya aku di sini. Bermakna, rezeki ku di sini telah Allah bukakan pada aku untuk membina kerjaya yang aku inginkan. Alhamdulillah dan syukur selalu pada Allah. Sekarang dah pandai sikit. Okey laa tu.. pandai laa jugak.. daripada tak belajar apa2.. Sekurang-kurangnya aku berdiri di atas kaki sendiri. Anak mak yg manja nih dah besar rupanya. Pandai dah berkawan sekarang ni ek.. Oppps.. berkawan dengan rakan sekerja lah..bukan dengan lelaki.. heheh.. hati ni belum berrjumpa lagi dgn putera idaman yg dicari... InsyaAllah suatu hari nanti. Semoga Allah mempermudahkan jodoh ini..

Setakat ini dahulu...

Senyum sikit, sayang sikit....

Friday, October 21, 2011

Kehidupan baru di Bumi Hang Tuah..

Assalammualaikum wa rahmatullah...

Waahh, lamanya rasa tak update sesuatu kat sini. Rindu pula rasa nak ketuk butir-butir papan kekunci nih. Alhamdulillah, tidak pernah aku lupa pada sang Pencipta yang selalu memberi aku ruang dan peluang untuk merasai nikmat kehidupan ini..

Saat berlalu, detik berganti, masa berlari meninggalkan waktu. Di manakah aku ketika ini? Jawapannya, sudah pasti masih berpijak di Bumi nyata mencari rezeki menumpang di negeri orang. Kini aku seorang perantau. Kehidupan di sini nampak sangat mencabar fizikal dan mental aku sebagai seorang wanita. Segala-galanya kena lakukan sendiri, setiap masa dengan cepat dan pantas tanpa silap. Wahai Allah, berilah hambamu ini kekuatan untuk meneruskan kehidupan..

Ternyata aku hanya seorang insan yg lemah.. Cabaran hidup di sini sangat menduga keimanan. Aku tak mahu tergolong di kalangan orang yg mudah berputus asa. Walaupun bukan mudah, hendak tak hendak, mahu tak mahu, kena juga hadapi. Bersabarlah wahai Zuraida..

Friday, May 20, 2011

konvokesyen


Terima kasih ibu... terima kasih ayah.. terima kasih pensyarah.. terima kasih sahabat..

Alhamdulillah.. akhirnya segulung ijazah sudah berada di dalam genggaman. tiada apa yang mampu diungkapkan selain rasa syukur kepada Yang Maha Satu.. Pada usia 26 tahun aku sudah sampai ke tahap ini. Ilmu yang ditimba di menara gading akan dimnfaatkan sepenuhnya InsyaAllah..

Juga, cabaran alam perkerjaan yang bakal menanti pada bulan depan. Semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Encik Abd Malik.. kalau la cek boleh bca luahan hati saya ni.. saya cuma seorang pelajar lepasan universiti yang masih mentah di dalam industri. Walau apa pun, saya akan mendidik diri saya untuk selalu ikhlas di dalm berkerja. Kepada bekas boss, Encik Azmi Yahya.. Pengalaman yang saya dapat di tempat encik, banyak dah mengajar saya akan erti kehidupan, cara bergaul dengan masyarakat.. terima kasih encik..

Dan juga kepada Encik Abu Bakar.. you are my mentor.. thanks. rasanya, tak pernah lgi saya jumpa orang yang macam cek ni. Sentiasa sabar aje dengan karenah para pelajar lagi2 pelajar seperti saya ni.. p/s: bila nak belanja saya makan ni cek..?

Emm, akhir sekali.. tahniah Mastura Amira yang bakal menempuh dunia baru sebagai isteri orang..haiii, nak kawin dah adik aku ni.. mak, saya dah tunaikan separuh impian mak untuk lihat akak berjaya dapat ijazah. Akak dah buktikan.. soal jodoh, harap mak tak memaksa. Semua tu biarlah Allah yang tentukan. Mak sabar jer laa.. bagi laa akak peluang untuk balas jasa mak ayah dulu... Mak doakan akak berjaya dunia akhirat sudah memadai..

Sunday, February 27, 2011

Februari yang penuh dugaan


Assalammualaikum wa rahmatullah....

Esok adalah hari terakhir dalam bulan Februari. Alhamdulillah masih lagi bernafas sehingga ke hari ini... Bila direnung kembali apa yg berlaku sepanjang bulan ini, buat aku tersenyum dan sedikit rasa sabar laa juga. Mana taknye, banyak sungguh perkara yang berlaku. Betul, manusia hanya merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah yang Satu..

Pastinya bila sebut Segamat ajer, orang akan bertanya. rumah ko banjir tak? Alhamdulillah.. rumah aku tak banjir walaupun air hampir memasuki ruang dapur rumah. 50 meter aje lagi... 12 hari mak dan ayah tak turun ke kebun menoreh getah.. Betul, Allah kalau nak uji bila-bila masa jer kan. Ini baru sikit. Belum lagi yang kat Labis sana. Subhanallah.. semoga mangsa-mangsa banjir kali ini diberikan kesabaran yang tinggi. Aku turit bersimpati.. Macam2 dugaan banjir. Paling menakutkan jambatan yang menghubungkan bandar Segamat dan Jementah terputus. Sabar ajer la...

Namun begitu, setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Aku yang dah lama tak makan ikan salai..dapat laa merasa ikan sungai. Sedap tak terhingga. Hehehe..

Bulan februari ini jugak dah genap sebulan dah aku kerja kat sibercafe nih. Bunyi macam mudah jer kerja kat kaunter depan nih. Tapi sebenarnya, macam kerenah manusia yang dah aku jumpa.. Nak cerita ke? ade laa satu kejadian nih, memang agak mencabar juga lah buat aku. selain daripada perkhidmatan Internet, dekat sini juga ada pejabat Pesuruhjaya sumpah. Takyah bagi tahu nama la. tengok orang bergaduh pasal tanah, pasal harta.. menakutkan betul. Takpe lah, aku anggap ini sebagai satu pengalaman yang cukup berharga apabila aku masuk ke dalam industri nanti.. InsyaAllah..

Hmmm, pasal kerja plk, Hari tu aku pergi interview buat pertama kalinya di Hospital Pantai Melaka.. Untuk jawatan assistant Medical records Officer.. InsyaAllah kalau takde ape2 aral melintang, minggu ni dapat laa kot jawapan nye... adeh..Allah, bantulah aku. Amin...

Lagi, emmm pasal kawan baik aku. Aku ada ramai kawan baik. Yang tua, yang muda, lelaki dan perempuan. Hmm, kawan baik yang sorang nih dah tak selalu mesej dgn aku. Mungkin dia sibuk kot. Takpe lah dah tanggungjawab. Kawan baik yang sorang lagi tu plk, asyik angin aje.. tapi aku suka dia. dia angin tu sebab sesuatu laa tu.. Takpe laa, sabor jer la yer.. dan lagi sorang kawan baik tu plk.. kerja OFF hp, aku baru nak bersembang dengan dia tentang masa depan. Takpe lah. tumpukan la pada kerja dulu yer encik Kawan baik. Kalau ada jodoh, kite jumpa laa..

akhir sekali, tentang penulisanku yang hampir masuk fasa kedua. Dah hampir 50 % aku tulis. Tak lama lagi siap laa tu. Kena istiqamah beetul buat kerja ni... Good luck Zuraida!!!

segala yang baik dan terbaik itu datang dan dari Allah dan aku bersyukur menjadi seorang hamba Allah....