Terima kasih ibu... terima kasih ayah.. terima kasih pensyarah.. terima kasih sahabat..
Alhamdulillah.. akhirnya segulung ijazah sudah berada di dalam genggaman. tiada apa yang mampu diungkapkan selain rasa syukur kepada Yang Maha Satu.. Pada usia 26 tahun aku sudah sampai ke tahap ini. Ilmu yang ditimba di menara gading akan dimnfaatkan sepenuhnya InsyaAllah..
Juga, cabaran alam perkerjaan yang bakal menanti pada bulan depan. Semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Encik Abd Malik.. kalau la cek boleh bca luahan hati saya ni.. saya cuma seorang pelajar lepasan universiti yang masih mentah di dalam industri. Walau apa pun, saya akan mendidik diri saya untuk selalu ikhlas di dalm berkerja. Kepada bekas boss, Encik Azmi Yahya.. Pengalaman yang saya dapat di tempat encik, banyak dah mengajar saya akan erti kehidupan, cara bergaul dengan masyarakat.. terima kasih encik..
Dan juga kepada Encik Abu Bakar.. you are my mentor.. thanks. rasanya, tak pernah lgi saya jumpa orang yang macam cek ni. Sentiasa sabar aje dengan karenah para pelajar lagi2 pelajar seperti saya ni.. p/s: bila nak belanja saya makan ni cek..?
Emm, akhir sekali.. tahniah Mastura Amira yang bakal menempuh dunia baru sebagai isteri orang..haiii, nak kawin dah adik aku ni.. mak, saya dah tunaikan separuh impian mak untuk lihat akak berjaya dapat ijazah. Akak dah buktikan.. soal jodoh, harap mak tak memaksa. Semua tu biarlah Allah yang tentukan. Mak sabar jer laa.. bagi laa akak peluang untuk balas jasa mak ayah dulu... Mak doakan akak berjaya dunia akhirat sudah memadai..
No comments:
Post a Comment