salam

Assalammualaikum wa rahmatullah....

Monday, July 12, 2010

Brazil 2014

Assalammualaikum wa rahmatullah..



Piala Dunia 2010 telah menutupkan tirainya pada awal pagi tadi. dan keputusannya seperti di duga Sepanyol menjadi negara ke-8 mengukir nama menjadi ahli baru yang berjaya memenangi trofi agung dalam arena sukan bola sepak dunia. Mungkin tahun ni bukan rezeki Netherland. Oranje ditewaskan di peringkat final untuk kali yang ke 3. Huh...sangat sengit persaingan kali ini.

Bagaiman pula dengan Jerman? pasukan pilihan Meniti Usia. Seperti yang diramal si Sotong kurita Paul. Jerman berjaya menewaskan Uruguay untuk tempat ketiga Piala Dunia. macam-macam lah ragam dunia ni. Kerana bola, "sotong" pula yang memainkan peranan.

Ok lah,kita tutup cerita tentang bola buat setakat ini. Selepas ini, kita berjumpa di Brazil pula untuk Piala dunia tahun 2014. Buat kenalan yang bernama azhar, lain kali vote team yang menang aje..

Good Bye South Africa..

1 comment: