assalammualaikum..
Salam tahun baru. Nampaknya tahun 2011 nih usia ku semakin menginjak lagi setahun. Alhamdulillah, sekarang aku dah mencecah usia matang untuk seorang gadis. Tak mengapa untuk berasa tua sebab itu satu nikmat. Nikmat yang tak dapat dikecapi oleh orang yang telah meninggal dunia di usia muda.
Cabaran pasti ada. Tahun ni, sudah pasti cabaran mencari kerja menjadi topik hangat dalam perjalanan hidup aku. Usaha selagi mampu dan jangan ada perasaan putus asa. Kerana Allah itu Maha Pemberi Rezeki.. Tak mengapa kalau kita rasa sakit semasa terjatuh kerana di situ kita belajar untuk memahami apa yang disebut sebagai HAKIKAT.
Biarlah memori 2010 tersimpan kukuh di ingatan. Rancangan untuk sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi akan difikirkan. dan itu adalah pasti kerana aku berpegang pada sunnah nabi yang belajar itu adalah wajib bagi seorang Islam.. Soal mampu atau tidak.. kita tengok dan kalau hendak seribu daya dan kalau tidak, seribu alasan..
Semoga aku mampu tersenyum dengan penuh bersemanagt di tahun baru ini... Senyum sikit sayang sikit (",)
selamat maju jaya!
ReplyDelete